Friday, May 20, 2011

R & E

*Raul Midon-State of Mind*


Manusia yang normal dikurniakan akal & perasaan yakni emosi. Akal dianugerahkan oleh Yang Maha Esa untuk manusia/hamba-Nya menilai,menganalisis,dan mengkaji sesuatu perkara sebelum membuat pilihan. Ya, pada pendapat aku, hidup ini adalah mengenai membuat pilihan. Semakin dewasa diri ini, semakin banyak perkara yang dapat aku perhatikan yang berkenaan membuat pilihan. Ok, disebabkan aku pun seorang student, biarlah aku bagi cth yg aku rasa plg dkt dgn diri ini; apabila di alam persekolahan, seorang insan bergelar pelajar akan berhadapan dengan pilihan iaitu untuk 1. belajar atau 2. bersuka-ria. Pilihan yang dibuat akan mempengaruhi tahap kecermerlangan akademiknya iaitu sama ada lulus dengan cemerlang kesan pilihan pertama, ataupun sekadar cukup2 makan atau gagal hasil pilihan kedua.Kesan yang diterima adalah hasil tindakan/pilihan yang dibuat oleh pelajar itu tadi.Tak semua orang sedar akan perkara ni. Maksud aku, kadang2 manusia x sedar yang hasil diterima tu disebabkan oleh pilihan yang dibuatnya suatu masa dahulu.contoh lagi; si A kecewa dengan result peperiksaannya yang tak seberapa, frust sangat sampai rasa macam dah putus asa nak belajar. Tapi bila dikenang balik tabiatnya dulu, katakan si A jarang study, bila study pun tak focus, atau kalau study pun setakat buat cukup syarat je supaya mak ayah tak marah. Cuba soal diri sendiri: adakah aku cukup berusaha? Layak ke aku dapat result gempak sedangkn aku study sempoi je? Pokoknya, jangan salahkan takdir apabila diri sendiri yang kurang berusaha. Walau bagaimanapun, aku x nafikan ada sesetengah kes yang student ni mmg rajin menelaah, kira dah well prepared la. Tapi bila dpt result, biasa2 je atau dalam kata lain, tak seperti yang diharapkan. Bila hal mcm ni terjadi, satu perkara yang patut dibuat ialah REDHA. Ini namanya ujian daripada Allah s.w.t.Perkara normal kalau seseorang tu rasa sedih/kecewa tapi janganlah dipanjangkan kekecewaan tu, takut jadi tak bersyukur lantas berdosa. Istighfar banyak2 supaya dapat tabahkan hati. Ingatlah yang Allah s.w.t tak akan menguji hamba-Nya melainkan dengan tahap kesanggupan hamba-Nya itu untuk menerima dugaan tersebut. Rezeki ada di mana2.setiap musibah yang menimpa tu pasti ada hikmah disebaliknya.Tujuan aku menaip pnjg2 benda alah ni adalah sebab aku sendiri dah banyak lalui dugaan demi dugaan. Alhamdulillah, aku dijauhkan daripada membuat perkara2 bodoh disebabkan pilihan yang aku buat. Pilihan yang dimaksudkan ialah pilihan berdasarkan RASIONALITI, bukannya EMOSI.

Rasionaliti aku definisikan sebagai membuat keputusan berdasarkan pemikiran mengenai sebab & akibat sesuatu perkara tanpa dipengaruhi oleh hati & perasaan. Maksudnya, menentukan sama ada perkara itu patut atau tak patut, betul atau salah. That's it~

EMOSI.....dalam meniti kehidupan,masalah/dugaaan akan muncul. Perkara ni akan lead kepada satu masalah; STRESS atau dlm BM-nya, ketegangan. Bila da stressed, manusia cenderung untuk hilang pertimbangan, xdpt berfikir dgn baik, lepas tu benda ni akan lead kepada membuat keputusan atau bertindak mengikut kata hati. Aku cukup suka dengan quote yg brbunyi IKUT KATA HATI,MATI. Quote ni aku jadikan sebahagian daripada prinsip hidup aku.Tambahan lagi, dah terlalu banyak contoh yang aku nampak berkaitan tindakan yang dipengaruhi EMOSI.Akibatnya, masalah tak selesai atau akan jadi masalah yg lebih besar. Tak pun timbul penyesalan. Kan ke tak bagus cmtu.....

The point is, bila berdepan dengan masalah, cuba fikir secara rasional. Sesetengah perkara memang akan buat kita marah,bengang,runsing,buntu dsb. Tapi,cuba kawal perasaan tu. Aku pun bukannya seorang yang terlalu penyabar, even aku sendiri pun sebenarnya cepat marah kadang2 (bergantung pada isu) tapi aku cuba untuk tolak tepi rasa marah tu. Dalam kata lain, aku belajar untuk kawal perasaan. Sebabnya? Rujuk quote yg diperkatakan tadi. Heh~ Alhamdulillah, outcomes nya, wonderful =) oh ya, sebaris dialog daripada sebuah filem yang memberi inspirasi untuk aku; CONTROL THE OUTCOMES. Dialog ni adalah daripada movie di bwh ni. Serius sembang, aku suka dgn mesej yg disampaikan oleh filem ni. Like I said jz now, I'm inspired by this movie. tajuk pun da style~ LOL  x0)


No comments:

Post a Comment