Tuesday, April 9, 2013

Ini Kali

baru2 ini pulang ke ipoh. menatap wajah ayahanda & bonda. malam tadi, selepas solat maghrib, melepakkan diri di atas permaidani yang terhampar di ruang tamu bertemankan komputer riba. kebetulan rumah memang dekat dengan masjid. jadi, kalau ada majlis ilmu, walaupun tak pergi ke masjid, tetap dapat dengar. Tertarik dengan isu yang dibawa oleh penceramah/ustaz yg berkenaan. Beliau menyentuh tentang kesan pemimpin terhadap rakyat. Terkesan dengan contoh yang diberikan iaitu bagaimana Parameswara (Sultan Muzaffar Shah) yang memeluk Islam menjadi ikutan rakyat jelata. Ringkasnya, selepas baginda memeluk agama Islam, banyak rakyat bumi Melaka yang mengikut jejak langkahnya. Ini sekadar contoh. Maksudnya di sini ialah impak pemimpin terhadap rakyat. Kalau pemimpin itu korup, maka rakyat tertindas. Kalau pemimpin itu fahamannya mengenai Islam sekadar tahap kolam untuk budak2 tadika, maka rakyat pun tidak mustahil akan  lebih cetek daripada itu.

Bukankah bagus kalau pemimpin itu merupakan pemimpin yang ilmunya tinggi? mengenai Islam, khususnya. bukan ilmu putar alam. Indahnya kalau pemimpin yang dipilih ialah insan yang mampu memikul tanggungjawab menegakkan syiar Islam di tanah tumpah darahku ni. Setidak2nya kemungkaran yang berlaku di sekeliling dapat diminimumkan. lebih baik kalau dihapuskan sama sekali. Alhamdulillah.

Semakin dewasa, sepatutnya semakin bijak berfikir, semakin bijak membuat keputusan. maklumat ada di mana2. akal fikiran digunakan untuk menilai baik buruk sesuatu hal. Yang celik akan sedar. Yang pejam akan tenggelam.


No comments:

Post a Comment