Friday, February 25, 2011

it happened......

tarikh yang dinanti2kan akhirnya dah berlalu. bila? mesti la 21 FEB 2011.   
sebabnya? ok, bagi mereka2 yang x berkenaan, tarikh ni xde makna pape pun.. (ek eleh, ada pe ngan tarikh tu?) tapi bagi pelajar STPM macam 'yours truly' ni, 21 feb tu tarikh keramat sebab tu tarikh result DIUMUMKAN . perasaan penulis bila dpt tau pasal result nak kua; ExCiTeD + cUaK. rasa lain macam sampai makan pon x berapa nak selera (yeah, for real peeps x0) ) . Dalam kepala hotak macam2 bnda dok berlegar. pagi Senin tu, telan karipap sebijik je. sebab? seperti yang telah dinyatakan sebelum ni. ;P

Lebih kurang pukul 11 pagi, bergeraklah kami (aku, adi, shafiq, siddek) ke sekolah. oleh kerana result boleh amik start pukul 12, maka lepaklah kami berempat di kantin. LOL . Sempat la borak2 dgn seorang cgu. tgh2 dok leka dengar cerita cgu tu, makcik mimi leh offer belanja air pulak~~ well, kata org x baik tolak rezeki, jadi kami terima la dengan hati yang terbuka cewwah~ HAHAHA =D . lepas tu dtg la lagi bbrpa classmates yang tenang je air mukanya. Confident agaknya haa~

Agak2 da tak larat nak melepak kat kantin tu, kitorang bergerak la menuju ke dewan, tempat amik result. masa ni jangan tnya la cmne perasaan aku EERKKK!!! tak pernah lagi rasa cuak macam tu. masuk je dewan , terus menuju ke arah 'abang man' yang nampak jambu je hari tu.heheh~ x0)  mmbr2 sume dok kerumun dia. haesh~ result tak tau lagi, tapi cgu ekonomi aku bila dia nampak je aku terus dia sebut "syed....." dengan nada yang aku tafsirkan sebagai kecewa. udah ttba tak sedap hati. haa~ dipendekkan cerita, bila dpt je result, aku peratikan sebijik2 gred yang ada. cukup la kalau aku nyatakan yang pointer aku 3.42 cuma yang tak bestnya, subjek kegemaran yakni subjek 'target', aku mampu dpt B+ je. patut la cgu aku bereaksi macam tu td. >< adoiyai~ npe jadi cmni pulak...

jujur cakap perasaan aku brkenaan result aku, biasa2 je  a.k.a NEUTRAL . ya, memang la ada A, pointer da ckup tinggi sebenarnya pun. nak apply IPTA da boleh sgt.. cumanya, risau sebab subjek fav dpt B+ je, & takut tak berjaya nak further study dalam bidang impian aku tu. pe bidang? EKONOMI. ibu & ayah senyum je tgk resut anak lelaki sulungnya ni, siap ucap tahniah lagi. tapi aku? tetap NEUTRAL. bukan la tak reti bersyukur pulak. aku memang bersyukur dengan pointer aku, cuma gred subjek fav tu je yang menimbulkan sedikit frustrasi dalam diri.

cmnepun,redha je la. buat rilek suda.. dah tu je yang termampu, sesuai la dengan tahap usaha sebelum exam dulu. ;P


                                                *selesai*

No comments:

Post a Comment