Monday, December 31, 2012

bebel

makin lama kenal seseorang, makin banyak perangai sebenar dia kita boleh nampak.

makin lama orang kenal kita, makin banyak jugak lah perangai kita yang dia boleh nampak.

persoalannya; boleh ke tahan?

kalau boleh, maka ikhlas jawab nye..

kalau tak? faham2 je la.....................

*memuaskan hati semua orang merupakan perkara mustahil*

Sunday, December 23, 2012

i'm just glad that life is going well right now. patience is power. It really is.
Patience gives me power to keep on living.
Patience enables me to stay strong even when I feel everything is against me.
Patience reflects my maturity.
Patience let me see my hopes and predictions come true.

Looking back at the things i've been through, praise to Allah s.w.t for granting me inner strength.

"Every cloud has a silver lining"

They say all good things will come to an end.
well i say so will the unpleasant ones.

Problems will never let me go.
They will keep on chasing after me. and they will get to me.
Because i will not run.

Instead, i pray to the Lord to help me face them.
That is particularly the most important thing i wish for right now.

Perseverance



Saturday, December 22, 2012

habuk blog

sekian lama.... lama pe? lma x update. jangan kata na update. nak singgah menelaah blog orang pun jauh sekali. bukan sebab xde keupayaan jalur lebar. well, walaupun internet kat Universiti Mahal ni seringkali jadi penyebab penghuninya garu2 kepala yang tak gatal, tapi capaian tu tetap ada. bak kata kaum yang kebanyakannya berambut perang dan berkulit cerah, "it's better than nothing". malas? satu hal. penyakit yang memang tah bila akan sembuh. xde idea pun satu hal jugak. dan bila idea itu datang, jari-jemari ni pulak terasa berat untuk berdansa di atas papan kekunci. maka, tinggal la diari online ni x diziarahi...

isu yang aku kira selalu bermain dalam kepala yang  keras ni: kenapa single? sahabat handai, rakan taulan kadangkala bertanya. kalau nak diikutkan, mereka2 ni la yang jadi catalyst kpd soalan ni supaya berlegar2 dalam kepala. tanya sana, tanya sini.. well, kawan2. itu la normanya. bukan menyibuk, ambil berat barangkali. so, layankan aje. lagipun diri ini bukannya seorang yang pendiam. cuma agak bodoh bab membuka atau memulakan cerita. kalau ditanya, insyaAllah jawapan akan meluncur daripada bibir yang bebas daripada gulungan tembakau ni. berbalik kepada soalan tadi. hm sebelum jawab, termenung seketika itu hampir pasti. jarang spontan. fikir dulu. apa aku nak explain?

lumrah manusia. hidup nak berpasangan. kalau ada yang nekad nak menyendiri sampai mati tu aku kategorikan sebagai abnormal. aku bukan abnormal. muda, remaja, dewasa, tua... lumrah itu ada. persoalannya, caranya apa? mengorat? haa pandai sangat la aku bab2 ni. tu pasal awek keliling pinggang, peha, lutut, dan sebagainya. puihh.. fail.... memang besok jawabnye..

awek?couple? hm adat remaja kini. kalau orang dulu2 itu ada adat, remaja kini pun ada adat juga. couple itu aku lihat sebagai adat remaja. rata2 ke arah itu. rajin2 la berlegar di shopping complex pada hujung minggu, kalau tak nampak remaja kita ke hulu ke hilir, berpegangan tangan, bertepuk tampar, itu bohong. hmm Generasi Y. resam ber-couple. texting setiap hari itu wajib. tak buat satgi, ada la yang muncung sampai tahap boleh diikat dengan getah. dalam pada texting itu, 'kata2 hikmat' seperti "baby", "sayang", "miss you" "love u the most" pasti ada, ahhh macam2 la. tak larat pulak aku na type semua kat sini. paham2 la sendiri. seronok betul kan couple kaannn.. indah belaka.

kalau ditanya pada diri sendiri, zaman itu da lama berakhir. dua minggu lepas, baru je fizikal ni mencapai 21 tahun. nak lagi ke lalu perkara2 mcmtu? tak payah... jangan buang masa, jangan lalai. suara dalam hati kecil berbisik " muhasabah diri please.." pada aku, sekarang ni waktu untuk perbaiki diri, waktu untuk persiapkan diri bagi menghadapi segala ujian dari tuan empunya jasad- Allah s.w.t. Tak perlu leka mendapatkan cinta manusia, sebaliknya berusaha mendekatkan diri dengan Allah s.w.t. Ustaz Don Daniyal berkata " jaga hubungan dengan Allah s.w.t, insyaAllah Allah kurniakan hubungan baik sesama manusia". itu antara kata2 yg aku pegang. na tulis sume kat sini, malas.

rasa itu ada, cuma dikawal. dalam proses meng-upgrade diri, mudah2an berhasil. umur da makin tua, skop pemikiran patut lebih luas. sasaran perlu lebih tinggi, luahan rasa pada insan boleh melalaikan. maka mengadulah aku kepada Allah s.w.t. semoga diperkenankan. kalau tak kesampaian, redha tanda beriman kepada Qada' & Qadar. Amin yaRabbal-Alamin~~